TLC: Kenali Asas Komputer Berpandukan Youtube
16 April 2015 | Aktiviti TerkiniProgram ini dijalankan bersama Tadika Lagenda Cemerlang (TLC) sepanjang tahun 2015. Program ICT telah menjadi salah satu subjek di dalam P&P tadika. Program ini telah berlangsung pada 15 April 2015 di bilik latihan Pusat Internet Putrajaya Presint 9 Fasa 10. Kelas ini telah dihadiri oleh 6 orang murid- murid yang berusia 4 tahun. Kelas ini telah dikendalikan oleh Penolong Pengurus PI.Tujuan kelas ini adalah untuk memastikan murid- murid masih mengingati topik asas komputer yang telah dipelajari pada kelas yang pertama. Pendekatan yang digunakan pada kelas ini berbeza sedikit di mana murid- murid dikehendaki menonton video yang terdapat di Youtube. Murid- murid juga dikehendaki untuk menyebut dan mengulang nama- nama komponen tersebut apabila gambar ditunjukkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: